Tuesday, December 14, 2010

Persoalan Berkaitan Madu Khaula















Persoalan Berkaitan Madu Khaula (Sumber www.khaula.com.my)


1. Apa itu Madu Khaula?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.


2. Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.


3. Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.


4. Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 3 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah serta bentuk kiub. Berat bagi setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.


5. Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.


6. Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat ‘tidak panas’ maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.


7. Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
a. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
b. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
c.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
d.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
e. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
f. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
g. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
h. Mudah didapati.
i. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.


8. Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.


9. Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula?
Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut!


Harga Madu Khaula:
1.
Khaula As-Syiffa’ (30 kuib @ 750 gm) RM 60.00

2. Khaula As-Syiffa’ (60 kuib @ 1.5 kg) RM 120.00

3. Khaula As-Syiffa’ (Tanpa Sarang - 1 botol 1.0 kg) RM 65.00
4. Khaula As-Syffa’ + At-Thorim (Bersarang
- 1 botol 1.0 kg) RM 70.00

Friday, December 10, 2010

Testimoni Pengguna

Perkembangan Minda dan Fizikal

Amira Farahan 9 tahun menghadapi kurang upaya, perkembangannya lambat, kurang bercakap, lemah ingatan dan tangan keras hingga tidak mampu menulis dari kecil lagi. Dalam 2 minggu Amira mengamalkan Madu Khaula alhamdulillah dengan izin Allah, perubahannya mula lancar, bercakap dengan ayat yang penuh, ingatan mulai kuat. Kini boleh mengingati jalan tempat yang dikunjungnya. Boleh menulis serta membaca. Saya amat bersyukur menemui Madu Khaula yang hebat ini, alhamdulillah. Ahli keluarga dan ibubapa saya juga dapat mengatasi masalah kesihatan dengan Madu Khaula dan ia begitu berkesan sememangnya Madu Khaula berkualiti dan asli. Ikutilah sunah Nabi kita dan mari lakukannya seperti saya yang suka makan Madu Khaula.

Pengakuan dari Ibu Amira Farahan : 016 - 764 7202


Sembuh Resdung Kronik

Alhamdulillah saya sembuh penderitaan alahan resdung. Setiap kali bertugas pasti saya menghadapi masalah resdung kronik. Apabila bersin mata kiri mengeluarkan lendir dan nanah. Saya tidak tahan di bilik berhawa dingin samada di bilik penginapan atau pun mesyuarat. Saya merasa sakit hidung da tekak, ia asyik mengeluarkan darah pekat serta lendir sehingga terpaksa dikeluarkan dengan memasukkan tisu ke hidung. Selepas darah keluar dari hidung dan mulut, saya rasa pedih seolah mengalami luka di dada. Ini amat menganggu tugas saya sebagai pegawai kewangan. Pada awal 2007, adik saya perkenalkan Mini Madu Khaula, dan saya mengambil Mini Madu Khaula 3 kali seharai. Saya memilih mini madu khaula kerana ia mudah dibawa dalam beg tangan. 2 bulan mengamalkannya, tiada masalah alahan lagi. Saya kagumi anugerah Ilahi yang menemukan mini Madu Khaula. Pertemuan saya dengan mini Madu Khaula adalah satu keajaipan daripada-Nya. Jesteru itu, saya mengikuti seruan junjungan Nabi kita yang menyarankan suka kepada Merdu Madu. Harus difaham madu yang asli terhasil dari gunung-gunung seperti Madu Khaula yang bertaraf kelas pertama. Saya menyeru ummat Islam yang ingin mengikuti sunnah dan Al-Quran, pilihlah Madu Khaula sebagai makan harian kita.

Pengakuan dari Cik Lyana : 012 - 9011208



Pertanyaan dan Jawapan (FAQ)

Apakah keistimewaan Madu Khaula As-Syiffa'?
Keistimewaan Madu Khaula As-Syiffa' pada madunya yang dihasilkan dari ratusan manisan pati gunung, rasanya likat dan menyengat hingga membuatkan perasaan merasa bertenaga dan panas.

Adakah sesuai Madu Khaula As-Syiffa' di amalkan oleh ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak?
Madu Khaula As-Syiffa' sesuai bagi semua peringkat umur, bernutrisi tinggi dan bebas bakteria, virus serta kulat, efektif untuk bayi sebagai penawar membantu membuang kahak dan meredakan batuk serta meningkatkan imuniti. Madu Khaula As-Syiffa mengandungi zat dan mineral yang tinggi boleh menigkatkan daya ingatan (hafalan), mengatasi masalah kencing malam, asthma lelah, dan menigkatkan ketahanan badan. Amat baik untuk ibu mengandung kerana hasilan nutrisi semulajadi boleh memberikan pertumbuhan yang sihat dalam kandungannya.

Apakah yang dimaksudkan Khaula At-Thorim?
Maksudnya manisan yang masih berada di dalam lubang sarang segala pati sari bunga yang bercampur dengan lilin dipanggil At-Thorim. Diperkayakan dengan lemak lebah dan lemak tumbuhan. Ia bersih dan bersifat antiseptik. At-Thorim sedap dimakan bersama roti. Menambah tenaga, kembali muda, merawat paru-paru, menyembah luka dalaman dan pelbagai lagi.

Cara Pemakanan Madu Khaula

CARA-CARA PEMAKANAN PENGGUNA YANG DIIKUTI TESTIMONI


Apa itu Madu Khaula?


Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh QS Khaula secara terus dari Republik Islam Iran. QS Khaula memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.


Sabda Rasulullah SAW :

"Madu adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan Madu dari Al-Quran" Dari Ibnu Majah Al-Hadi Ibnu Masud R.a "Demi Allah SWT yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu, malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya" Selain menyuruh umatnya makan madu, Nabi Muhammad sendiri gemar meminum madu. Daripada Aisyah ra katanya, "Madu adalah makanan kesukaan Rasulullah SAW"