Persoalan Berkaitan Madu Khaula (Sumber www.khaula.com.my)
1. Apa itu Madu Khaula?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam
2. Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu
3. Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di
4. Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 3 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah serta bentuk kiub. Berat bagi setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.
5. Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.
6.
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.
Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat ‘tidak panas’ maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.
7. Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
a. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
b. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
c.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
d.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
e. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
f. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
g. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
h. Mudah didapati.
i. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.
8. Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.
9. Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula?
Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut!
Harga Madu Khaula:
1. Khaula As-Syiffa’ (30 kuib @ 750 gm) RM 60.00
2. Khaula As-Syiffa’ (60 kuib @ 1.5 kg) RM 120.00
3. Khaula As-Syiffa’ (Tanpa Sarang - 1 botol 1.0 kg) RM 65.00
4. Khaula As-Syffa’ + At-Thorim (Bersarang - 1 botol 1.0 kg) RM 70.00
No comments:
Post a Comment